TERMA & SYARAT

TERMA DAN SYARAT PENGEDAR SAH

  1. HMG merujuk kepada Harimau Mint Gold iaitu produk yang dikeluarkan oleh Syarikat MFZ Trading Sdn Bhd
  2. PENGEDAR tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang menganjurkan SKIM pelaburan emas yang menyalahi Akta Syarikat, Akta BAFIA, AMLA, Akta Suruhanjaya sekuriti serta Undang-undang Malaysia.
  3. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama HMG atau resit yang dikeluarkan oleh MFZ Trading Sdn Bhd untuk menjual selain daripada produk yang dikeluarkan oleh MFZ Trading Sdn Bhd.
  4. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama HMG atau resit yang dikeluarkan oleh MFZ Trading Sdn Bhd untuk membeli emas curi/disyaki diperolehi secara haram.
  5. PENGEDAR tidak dibenarkan mengambil bayaran pendaftaran/deposit tempahan/wang pendahuluan tempahan/bayaran penuh tempahan daripada pelanggan. Bayaran tersebut hendaklah terus dimasukkan ke akaun MFZ Trading Sdn Bhd.
  6. PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama HMG/resit MFZ Trading Sdn Bhd/Logo HMG untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengurusan HMG.
  7. PENGEDAR hendaklah menjaga nama baik HMG pada setiap masa.
  8. Sekiranya didapati PENGEDAR melanggar salah satu syarat di atas, Pihak syarikat berhak menarik balik pelantikan PENGEDAR tersebut tanpa sebarang notis.
  9. Pihak syarikat TIDAK akan bertanggungjawab di atas salahlaku PENGEDAR yang melanggar undang-undang Malaysia. Sebarang tindakan undang-undang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.
  10. Penarikan diri sebagai PENGEDAR: Pihak syarikat berhak untuk tidak akan memulangkan semula bayaran perkhidmatan, bayaran pendaftaran dan kos penghantaran jika PENGEDAR ingin menarik diri sebagai PENGEDAR sah HMG tanpa prejudis.
  11. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas segala tuntutan daripada pihak ketiga/pelanggan dan pihak syarikat hanya berurusan dgn PENGEDAR sah sahaja. Semua tuntutan adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.
  12. Jualan semula (buyback/we buy) : Pihak PENGEDAR hendaklah menyertakan resit belian asli sekiranya hendak menjual semula emas kepada pihak syarikat.
  13. Pihak syarikat berhak mengubah terma dan syarat pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
  14. Pengedar hendaklah membuat pembayaran dalam masa 12 jam selepas membuat tempahan. Gagal berbuat demikian, sistem akan automatik hapuskan tempahan anda. Bagaimanapun pihak syarikat berhak untuk menghapuskan mana-mana tempahan yang belum dibayar secara manual pada bila-bila masa. Anda digalakkan untuk membayar secepat mungkin jumlah yang dinyatakan untuk belian produk bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
  15. Tempahan ‘Custom Made’ boleh disiapkan 7-14 hari waktu bekerja mengikut keadaan semasa dan mengikut ‘Design’ yang dimohon oleh pelanggan.

TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN

  1. Tempahan 10 keping Gold Coin atau ke bawah akan dikenakan kos penghantaran RM 7.00 atau RM 11.00 untuk Sabah/Sarawak.
  2. Kos penghantaran adalah PERCUMA untuk tempahan 11 keping dan ke atas dalam satu alamat dan pembungkusan. Sekiranya lebih bungkusan, bungkusan seterusnya dikenakan bayaran tambahan. (Terutamanya bagi tempahan ‘Baju Cert’ sahaja).
  3. Penghantaran produk terus kepada PENGEDAR adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak syarikat MFZ Trading Sdn Bhd. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran, produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat (Contoh: Kesilapan/kesalahan pihak penghantaran seperti poslaju/Gdex).
  4. Penghantaran produk terus kepada PELANGGAN seperti yang diarahkan oleh Pengedar adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pengedar. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran Produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar.
  5. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 7 – 14 hari bekerja selepas pengedar menghantar butir-butir pembayaran serta maklumat penghantaran.
  6. Walaubagaimanapun, pihak HMG akan cuba melakukan penghantaran dalam masa 2 hari bekerja melainkan terdapat tempahan yang terlalu banyak yang mungkin akan mengambil masa untuk menyemak pembayaran dan melakukan pembungkusan serta cuti-cuti yang tidak dapat dielakkan seperti cuti umum.
  7. Penghantaran akan dilakukan sebelum jam 3 petang setiap hari. Semua tempahan selepas jam 3 petang, penghantaran akan dilakukan keesokan hari waktu bekerja. Terkecuali cuti.
  8. Untuk proses yang lebih cepat, pihak PENGEDAR boleh datang ke pejabat untuk mengambil barang yang ditempah. Sila hubungi admin dahulu sebelum datang.
  9. Pihak syarikat berhak mengubah terma dan syarat penghantaran pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

TERMA DAN SYARAT VIP MEMBERSHIP CARD

  1. Penghantaran kad VIP akan mengambil masa lebih kurang 7-14 hari bekerja atau lebih. Ini kerana kad ditempah di kilang berasingan dan diluar kawalan kuasa Team HMG.
  2. Ejen mempunyai beberapa pilihan:
    • Mohon admin hantar Syiling dahulu dan kad dihantar kemudian (2 caj pos akan dikenakan.) ATAU
    • Mohon admin hantar syiling dan kad apabila kad sudah siap (1 caj pos akan dikenakan tetapi mengambil masa untuk menyiapkan kad.). ATAU
    • Mohon admin hantar syiling dahulu dan kad dihantar apabila siap sekali dengan tempahan syiling berikutnya.
  3. Sebarang permohonan anda bolehlah diajukan kepada admin melalui Whatsapp kepada nombor admin yang bertugas.

 

*** Kemaskini terakhir pada 13/04/2017.

Ingin menjadi wakil ejen?