Harimau Mint Gold FAQ

Harimau Mint Gold


Kenapa harga pasaran Gold Bar & Gold Coin lebih mahal?
Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali, selepas itu dipacking satu-satu, memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.
Kenapa perlu simpan Gold Coin 999.9?
Spread jual beli goldcoin lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldcoin 10-15% manakala susut nilai barang kemas 15-20% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldcoin lebih untung dari simpan barang kemas.

Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang.

Kenapa berat 1gram?
Kerana berat 1gram adalah berat ideal untuk pasaran di Malaysia. Ianya adalah aset yang mampu dibeli oleh rata-rata golongan di negara kita. Disamping simpanan di bank antara rm100 ke rm200 sebulan, dengan adanya gold coin HMG ini mampu menarik minat rakyat Malaysia untuk pelbagaikan simpanan dalam bentuk emas juga.
*** Spread gold coin untuk agen Harimau Mint Gold adalah 5% sahaja.
Apakah yang dimaksudkan simpanan emas?
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan wang fiat anda atau peruntukkan hasil pendapatan dengan membeli emas untuk tujuan simpanan. Emas yang sesuai dijadikan simpanan adalah seperti Syiling Emas Harimau Mint Gold.

Simpanan emas untuk jangka masa yang panjang.Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan pasaran emas semasa.

Siapa yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
Semua orang yang menyimpan wang kertas harus menyimpan emas. Wang kertas berperanan untuk pertukaran belian barang/perkhidmatan secara tunai (on the spot).

WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN NILAI YANG BAIK IA AKAN SUSUT NILAI DAN TERUS DIMAMAH INFLASI. PELBAGAIKAN pilihan anda.

Nota: Simpan wang kertas di bank dgn sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpan emas untuk jangka masa panjang.

Dropship Harimau Mint Gold

Berapa saya perlu bayar untuk jadi agen Dropship HMG?
Deposit RM10 akan dikenalan kepada yang berminat untuk mendaftar sebagai agen Dropship kami. Deposit ini AKAN DIKEMBALIKAN setelah agen membuat tempahan sebanyak tiga(3) kali atau tempahan 3gram Gold Coin.
Kenapa perlu bayar RM10 untuk jadi agen Dropship?
Kami mengenakan deposit RM10 (dikembalikan) bagi memastikan agen aktif & bersunguh-sungguh mempromosikan produk ini (Harimau Mint Gold). Secara logiknya dropship yang kami tawarkan adalah PERCUMA kerana deposit akan dikembalikan setelah cukup syarat yang ditetapkan.